Pemeriksaan Kecacatan Rumah
harga serendah RM300*
Ketenangan Minda
Kenali hak-hak anda sebagai pemilik rumah
Tambah Penjimatan
Tuntut kos pembaikan rumah daripada pemaju
Kepuasan Terjamin
Perkhidmatan teliti, terperinci, dan menyeluruh
EN | BM
Sebagai seorang pemilik rumah, Pemeriksaan Kecacatan Rumah atau “Home Defect Inspection” membantu anda mengenal pasti kecacatan dalam rumah yang baru sahaja dibeli.
Dengan pemeriksaan kecacatan rumah, anda boleh menuntut kos kerja-kerja pembaikan daripada pihak pemaju dan mengelakkan perbelanjaan untuk membaiki rumah pada masa hadapan.
Pasukan kami yang terdiri daripada pakar pemeriksaan bangunan akan memantau dan menilai keadaan rumah anda berdasarkan piawaian CIS7:2014 (CIDB). Laporan terperinci akan disediakan supaya anda boleh mengemukakannya kepada pihak pemaju.
Skop perkhidmatan
Pemeriksaan
Seni Bina
Periksa lantai, dinding, siling, pintu, tingkap, tangga, dan perabot
Pemeriksaan Mekanikal & Elektrik
Periksa perpaipan, sanitari, lampu, kuasa elektrik, dan suis
Pemeriksaan Pematuhan Spesifikasi Rumah
Ukur dimensi rumah anda dan periksa jika menepati spesifikasi
Sesi penerangan kondisi dan kecacatan rumah
Dapatkan sesi penerangan tentang kondisi rumah anda serta sesi soal jawab
Laporan Pemeriksaan Kecacatan
Terima laporan terperinci untuk dikemukakan kepada pihak pemaju
Laporan Pematuhan Spesifikasi Bangunan
Terima laporan terperinci untuk dikemukakan kepada pihak pemaju
Terima laporan terperinci kondisi rumah anda untuk dikemukakan kepada pihak pemaju
Pasukan kami yang terdiri daripada pakar pemeriksa bangunan dan jurutera akan menyediakan Laporan Pemeriksaan Kecacatan dan Laporan Pematuhan Spesifikasi Bangunan yang terperinci.
Sebagai pemilik rumah, laporan ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menuntut kerja-kerja pembaikan daripada pihak pemaju.
Dengan kepakaran kami, anda boleh mengenal pasti kecacatan dalam rumah anda yang baharu sebelum tamat tempoh DLP (Defect Liability Period).
Pemeriksaan Kecacatan Rumah sangat penting untuk mengenal pasti kecacatan/kerosakan sedia ada sebelum anda memulakan kerja-kerja renovasi yang boleh meralatkan waranti rumah anda.
Kami menawarkan:
- Pemeriksa bangunan yang berkelayakan dan dipercayai
- Pakej pemeriksaan rumah/bangunan yang menyeluruh
- Piawaian CIDB
- Laporan bergambar yang terperinci
Pakej pemeriksaan kami bermula daripada RM300* sahaja.
*Untuk rumah bersaiz 1,000 kaki per segi dan ke bawah. Harga perkhidmatan pemeriksaan kecacatan rumah bergantung kepada saiz rumah, kerumitan, dan lokasi rumah.
